Monday, November 20, 2006

impiankan nyata

Photobucket

Akhirnya, tercapai gak impian aku untuk duduk bersama dengan siti nurhaliza tanpa sebarang gangguan…gethooo…

Mcm tak percaya pun ada gak, aku antara 10 peminat siti yg bertuah di booth HOTLINK JOMHEBOH BATU KAWAN… hehehehe hanya dengan reload rm60, aku terpilih untuk minum petang selama hampir 1 jam dengan siti nurhaliza…

Apa perasaan?huhhuhu gembira yg tak terkata…masa dia sampai tu, sampai lidah kelu untuk berkata2…tangan ni ligat dok snappy siti…tangan kanan guna digital camera ambik gambar…tangan kiri lak guna hanfon ambik video….huhuhhu gigih teramat sgt lah time tuh..teruja katanya….

Ayat pertama siti ialah:

“siti nak duduk mana nie?”katanya sambil tersenyum.

“kak siti duduk la sini..” jawab sorang peminat pompuan tuh….

Terus siti tarik kerusi, duduk sebelah pompuan tuh…dan yg pasti sebelah aku gak….hehehe…

“kita makan dulu erk…” siti bangun, ambik piring dan bg sorang satu....

Siti tgk aku dan dia kata,

“makan la dulu, nanti kita ambik gambar…”

Hehehe…lantas aku jawab,

“siti makan la, kami tengok siti dah kenyang..”

Yupp….semua kat situ tak mkn pun…siti sorang jer yg makan…malu campur teruja kot..hahahahahaa

“sedap karipap nie….rasa lah…” siti makan dgn seleranya…apa lg, aku pun snappy la pic dia tgh mkn..hihihihiii

Photobucket

Selesai jer mkn dan sesi bergambar antara kami semua dan tandatangan poskad, siti bangun dan menuju ke meja khas satu lg…ader temuramah bersama dengan melodi…time dorang interview tuh, kitaorg tak dibenarkan utk ambik gambar….so tgk ajar lah….nasib baik dia tak suruh turun bawah…hihihhii

Photobucket

Lepas jer interview, aku apa lg, bergambar dgn siti utk keberapa kali entah la…hahahaha sampai aku dgr suara sumbang,

“baper kali nak ambik gambar nie..”

Dalam hati aku,

‘eh, suka hati aku lah…jelez la tuh…’


Pedulikan itu suara….

Focus pada siti…kata hati aku…bukan senang nak dapat peluang mcm nie..takyah nak berebut2 bergambar dgn dia….

Tibalah waktu untuk siti menyanyi…tak pernah aku bermimpi untuk duduk dekat dgn dia, pastu tgk dia nyanyi tanpa sebarang halangan….

Siti nyanyi 3 buah lagu…

Siti situ sana sini
Biarlah rahsia
Seindah biasa.


Photobucket

Habis siti nyanyi, barulah kitaorg semua kena turun ke bawah sebab siti ada sesi bertemu peminat kat ruang bawah lak….

Hurmmm….. dalam hati mmg gembira tak terkata….satu pengalaman yg terindah pernah aku rasa…yer lah, kalau sebelum ni dapat tgk dia pun dari jauh..pastu berebut2 nak salam dgn dia…tp hari ni, segalanya kat depan mata..

Kata org siti dah kawin la….eh, lantaklah dia dah kawin ke apa ker…aku minat dia sebab aku suka personaliti dan suara dia…bukan aku nak kawin dgn dia pun…lalalalalalalala


p/s: eh, korang tgk melodi semalam tak 19.11.2006…sempat la aku tumpang glalor siti kat melodi untuk 5 saat….tima kasih la pada semua kengkawan yg call aku, sms aku pas tgk melodi tuh….tp sayang, aku tak sempat tgk coz ada hal lain masa tuh…hihihihihi


Photobucket

Sunday, November 12, 2006

me, me and me...

hehehehe, takyah la aku cerita ttg gambar2 yg ader nie...coz mood aku menaip totally hilang sepanjang bulan nie...nanti la, bila dah ada semangat semula, aku menaip panjang2 ok...so, aku upload pic jer..
























Wednesday, November 08, 2006



tanggal 2 november 2006, jam 1 tghari aku dapat satu panggilan telefon..

"abg, khairi dah takde...dia dah meninggal dunia.."

'innalillah.....'....terkedu aku untuk seketika...

sukar utk aku percaya apabila insan yg kita sayangi telah pergi tanpa di duga oleh kita...

terduduk aku apabila berita yg cukup menyedihkan itu...berkecamuk fikiran aku...tanpa aku sedar, airmata mula bergelinangan di pipi aku...

dr berita yg aku dpt, dia meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya dan hentakan kuat di kepala...dia dikatakan gagal mengawal kereta yg dibawa dan melanggar tiang then masuk ke dlm parit....

Mohd Khairi Mohd Zaini, adik angkat aku yang pertama sekali sejak dari sekolah dulu...dah 7 tahun aku bersama dgn dia....

kitaorg memang rapat...dah mcm abg n adik kandung..selalu keluar sama2...

malah, sehari sebelum dia pergi meninggalkan aku untuk selamnya, aku sempat berjumpa dgn dia..masih aku ingat sms terakhir dia..

'a'kum, nak pinjam kamera..nak buat projek utk praktikal..ada kat umah tak?ambik sok pagi kul 7.30..kalau takdak, bagi kat mak, nanti ary ambik'

'abg cuti esok, dtg jer umah..nanti abg bg kat ary k..'


then, pagi rabu tu aku mmg cuti..aku tak sakit apa pun..saja malas nak keje..so ambik la mc....

tepat jam 7.30 pagi (dia ni mmg puntual), dia dah ader depan umah...

turun jer dr kereta, aku tgk dia dah lain mcm..aku tegur dia..

"nape muka pucat?"

dia diam...

"bila nak kamera nie balik?abg nak guna nanti..."

"tgklah 2,3 hari lagi..." jawab dia ringkas..then terus naik kereta tanpa sempat salam aku seperti biasa yg dia lakukan...hurmm tergesa2 tul budak nie...

sungguh aku tak sangka, itulah pertemuan terakhir aku dgn dia...itulah kali terakhir aku dpt berbual dgn dia....

dah seminggu dia pergi...tp aku tetap tak dpt terima kenyataan lg....

bila igt dia, pasti airmata akan menemani aku...kehilangan org yg tersayang amatlah berat utk diterima....

apatah lg kalau org tu selalu ader bersama kita...tp kini, tinggal aku keseorgan....

byk kenangan aku bersama dia..malah aku dgn family dia pun dah rapat...

arghhh tak dpt aku teruskan cerita ni lagi....aku dah mula rasa sebak....kepada semua yg membaca blogs aku nie, sedekahkan lah al fatihah untuk arwah khairi....

AL FATIHAH

semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org yg beriman...amin....

Tuesday, October 17, 2006

aduhh...takde mood lak nak menaip kali nie...so upload pic tanpa cerita jer lah....buat la andaian sendiri...huhuhuhuhuuhu




















Sunday, October 01, 2006












**kalau anda adalah org yg kami cari, sila hubungi saya utk hadiah misteri..huhuhuu
***ini sekadar gambar hiasan.tidak ada kena mengena dgn yg hidup atau yg mati...

Wednesday, September 20, 2006

last week aku gi beli barang kat satu kedai nie..nama kedainya LONGWAN...kedai ni terkenal dgn jual barang pada harga murah....so, ada la barang aku nak beli utk letak kat tempat keje aku tuh.....

so, dekat 30minit gak aku membelek barang2 yg aku nak beli...ader la beberapa barang yg aku berkenan....dan antaranya satu barang nie...(takyah la tahu apa bendanya)..hehehehe...

mula2 aku mcm tak percaya gak harga barang ni murah camtu skali...coz siap ader free gift tuh...tp dah namanya kedai harga murah, so aku ignore jer lah...terus sambar benda tu masuk bakul.....

dah puas memenuhkan barang dlm bakul tuh, aku gi la ke kaunter bayaran....letak la bakul tuh kat kaunter...

so, mula la tugas cashier tu men total kan harga barang yg aku beli...tiba kat barang aku td tuh, dia berbisik kat kawan dia...aku dpt agak yg dia tanya ttg harga....tp aku buat slumber jer...tp dlm hati dok kata mesti ada sesuatu nie....

dah habis dia kira semua barang aku tu kecuali barang yg satu lg, dia ckp kat aku:


"barang ni bukan harga yang betul"

pastu aku kata kat dia...

"tak faham la..."


dia jawab:

"harga ni utk satu barang dlm ni jer..bukan semua nie sekali..pekerja stor salah letak harga"

geram tul aku time tuh...terus aku kata kat dia:

"nanti tolong bagitahu kat pekerja stor tu, simpan balik semua barang2 kat rak tuh..nanti susah semua org nak beli..."

puas hati aku!

tp kawan dia lak menjawab:

"time tu pekerja kami tgh stress"

lagi la aku hangin satu badan...wah wah wah, salah org la kalau jawab mcm tuh....aku balas lik kat kawan dia tuh:

"kalau pekerja u yg stress, takkan customer yg nak kena semua nie???"

padan muka dia.....kuang kuang kuang...terus muncung dua2 mulut cashier tuh...kalau ikut mulut aku yg berinsurans nie, nak laser jer lg...tp kecian lak kat dorang...coz aku pun penah keje cashier gak dulu...so, kena maki hamun dek customer nie dah lali dah walaupun bukan kita yg salah...

akhirnya aku ambik keputusan taknak panjangkan cerita..aku bayar jer barang yg lain...lgpun customer tgh ramai...yang pasti, dlm hati dorang tuh mesti menyumpah seranah aku...lantaklah, bukan salah aku pun...

hahahahahaha....

moral of the story:
tentukan hak anda sebagai pelanggan!

Wednesday, September 06, 2006

mY nEw hoBbY

hahahahahaa....entah saper la kanak2 bertuah ini yg mencuri pandangan lensa kamera aku ni...seronok tul aku tgk gaya budak ni makan...memang bersemangat..

so, daripada gambar budak nie, tercetuslah ilham dan juga hobi baru aku....nak ambik gambar candid org yg tgh mkn...ahaks..

so, tunggulah gambar mangsa seterusnya nanti....

(lokasi dirahsiakan)hahahahaha

Sunday, April 23, 2006

TRANSKRIPSI


Latest Album : TRANSKRIPSI
Assalamualaikum dan salam kebahagiaan buat semua...
TRANSKRIPSI adalah himpunan perasaan atau rasa yang menyatu dalam hidup kita selama ini. Ia ditutur lalu ditulis dan dilagukan mengikuti emosi dan ekspresi. Ia dicantumkan dari keindahan lagu dan penceritaan lirik yang nada-nadanya tercipta daripada luahan serta terjemahan hati.

Segala ekspresi yang terlahir ini adalah satu perkongsian rasa kita semua. Sipu yang manis, rajuk yang mengguris atau amarah yang menghiris. Atau rasa bahagia yang bertandang, duka yang panjang, kecewa yang mengundang jua rindu waktu bayang menghilang. Ia juga menjadi sakit yang tak nampak deritanya atau bangga yang tak diungkap sedalamnya. Perasaan menjadi pancaindera, peka pada segala, mampu merasa pada sesuatu yang tak terzahir di mata.

Apa yang perlu adalah kita mewarnakan perjalanan hari. Bila ia mahu berhenti, berhentilah dengan keindahan abadi. Kita ini insan yang impiannya melebihi ketinggian langit, yang rasa kemahuannya melebihi keupayaan yang dibangkit, yang makna kehendaknya tidak seperti upaya yang terbit. Keterbatasan inilah yang akhirnya membuat kita semua kembali ke pangkal dan berpamit.

Di atas transkrip ini, saya mengakui HIDUP PENUH BICARA dan BILA HARUS MEMILIH, jalannya penuh dilema. Di mana haluan dan di mana panduan atau ke arah mana hala? RUPANYA KITA SERUPA, kita sesama insan sentiasa CUBA UNTUK MENGERTI agar jalan bisa seiring dan tangan boleh seganding. Atas kebersamaan ini IMPIANKAN NYATA kerana seupayanya kita cuba menjadi sesuatu di antara satu sama lain.

HATI BERBISIK penuh rasa kebahagiaan di atas kehadiran kalian yang begitu besar maknanya. SITI SITU SANA SINI yang kalian jejaki memanjangkan usia keberadaan saya dalam industri ini. Segala yang ditempuh penuh warna dan saya lalui TANPA DENDAM DI HATI. Dalam sejuta ketabahan itu, adakala tertanya sendiri, BISAKAH semuanya diharungi?

PASTIKAN suatu waktu kita akan saling berdepan dengan kebahagiaan dan permasalahan yang sama namun BIARLAH RAHSIA menjadi perkara paling tersembunyi dan INTRIG CINTA akan menemui DESTINASI CINTAnya sendiri.

Dan akhirnya TRANSKRIPSI merungkai segalanya dan menjadi buah tangan teristimewa daripada saya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja di sebalik penghasilan album ini. Penerbit, pencipta lagu, penggubah lagu, penulis lirik, jururakam, jurutera bunyi, penyanyi latar dan pemuzik, nama serta kerja kalian semuanya sudah tercatat di sini. Saya amat berterima kasih dan berbesar hati.

Pengorbanan mak, abah, seluruh keluarga dan kakitangan SNP serta pengedar album (belum tau…) setiap apa yang telah dicurahkan akan saya ingati, moga usaha kita diberkati.

Para peminat di mana jua yang sudah lama menanti dan memberi inspirasi, abadikan TRANSKRIPSI di hati.

Pihak media cetak, media elektronik dan juruhebah di dalam mahupun di luar negara, terima kasih di atas sokongan yang diberikan selama ini. Album ini tanda perjuangan saya belum berhenti.

Semoga berpuas hati. Salam sayang buat semua.
Siti Nurhaliza


sumber: www.sitizone.com

dan kat bawah ni aku sertakan bersama lirik2 lagu daripada album siti yang terbaru ya!!!!

Bisakah

Daku Terasa Ingin Membawa
Cinta Yang Terlara Ke Titik Mula
Kembali Mencuba Untuk Kali Kedua
Menggilapkan Gerhana Jiwa

Pernah Ku Terasa Ingin Merayu
Pada Kasih Dulu Pulang Padaku
Lupakan Dosaku Putihkan Kelabu
Tenangkan Amarahmu
Namun…

Bisakah Yang Terpadam Dinyala
Bisakah Yang Terhina Dicinta
Walau Ku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Naluri Meminta Kuungkap Kata
Seindah Bahasa Janjikan Setia
Akan Bersemilah Cinta Dihatinya
Percaya Ku Semula
Namun…

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Hatiku Difahami
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu


Hidup Penuh Bicara
Hidup Penuh Bicara… Ada Benar Ada Dusta
KuHanya Manusia Yang Ingin Kenal Erti Cinta

Langkah Demi Langkah… Ada Tenang Ada Resah
KuHarungi Dengan Pasrah… Hidup Begitunya Lumrah

Ada Kalanya Aku Terluka
Adapun Pula Aku Gembira

Umpama Roda Berputar Masa
Begitu Juga Yang Tak Ku Sangka

Bersama Kita Mendaki… Kau dan Aku Serasi
Yang Lalu Dan Yang Kini… Kita Lewati

Segala Mimpi-Mimpi… Segala Janji-Janji
Segala Yang Dinanti… Kita Kecapi

Percaya Pada Diri… Hati Yang Berani
Silih Masa Berganti… Tetap Pendirian Ini

Yang Pergi Yang Kembali… Hidup Bagai Mimpi
Wajahnya Bertukar Ganti… Cinta Tetap DiHati

Hati Berbisik

Malam Bertandang
Hati Berbisik Mengenang
Cerita Derita Yang Daku Pendam

Kata Menguji
Cuba Untuk Kusudahi
Berulang Airmata Membasahi

Aku Kini Perlu Berdiri
Walau Hakikatnya
Pasti Kan Melukai

Aku Ingin
Semua Rasai
Kerna Pengakhirnya Hidup
Ku Sendiri

Oh Tuhan Kau Berikan Aku
Segala Kekuatan
Meneruskan
Perjalanan


Rupanya Kita Serupa

Tersenyum Melihat Gambarmu
Di Jendela Bawah Lengkung Bulan Itu
Yang Berkata Kau Jua Rindu

Aku Menanti Tiba Hari
Berdua Kita Kembali
Melihat Angkasa
Yang Berkata-Kata

Ku Cinta Ku Sayang
Aku Rindu
Rupanya Kita Serupa

Kau Cinta Kau Sayang
Kau Pun Rindu
Rupanya Kita Serupa

Bila Terkena Cahaya
Bulan Menerangi
Ke Jiwa Diriku
Pesanan Luahan Cinta Kamu

Ingin Ku Temui Kamu
Kembali Ke Pangkuanku
Melihat Angkasa
Seperti Waktu-Waktu Yang Lalu

Ohh……
Dah Ku Sayang Dah Ku Cinta
Dan Sudah Ku Rindu Kamu

Di Mana Kita Berdua
Bersama Berasmara
Ke Akhir Nyata
Selamanya….


Siti Situ Sana Sini

Di Bawah Cinta Satu Benua
Ku Berlari Mencari Satu Cinta
Cintamu Ku Ke Syurga
Kan Ku Bawa Ia

Di Bawah Cinta Satu Benua
Ku Berlari Mencari Satu Cinta
Cinta Ku Kan Ke Syurga
Kau, Ku Bawa Ia
(Siti Situ Sana Sini)

Pernahkah Kau Terfikirkan Aku
Perlukah Ku Mencuba
Haruskah Ku Mengalah ohhh…
Cintaku Damba
Situ Sana Sini Tak Tercipta…

Jauh Berlari
Cinta Ku Pasti
Pudar Nanti… Dirimu
Dengan Hati
Ke Awan (yang) Biru Terbangku

Ingin Aku Dibelai Cintamu
Ingin Aku Dirinduimu
Tak Tercapai Perasaan
Bawaku Terbang Bersamamu Kasih…

Bridge
Seribu Musim Berganti
Hari Berulang Hari
Impikan Kau Hadir Di Sisi
Nyanyian Sukmaku
Teruskanku Di Sini Menanti Kasih..


Impiankan Nyata

Dengarlah Kasih Rinduku
Sering Berlagu Di Sukmaku
Mengalunkan Nada Syahdu
Membisikkan Rindu

Bagai Haruman Dari Syurga
Menitis ke alam cinta kita
Meresap ke kelopak Asmara
Bersama selamanya

Pernahkah Kita Menyinta
Semoga Cintakan Bahagia
Harapanku Sandarkan
Mimpikan Jadi Nyata

Semerbak Haruman Kasih Kita
Seindah Bunga Di Syurga
Berlabuh Di Kuntuman Asmara
Pinta Pada Yang Esa


Bila Harus Memilih
(1)
Dulu, Kau Pernah Berjanji Pada Diriku
Untuk Menjaga Dan Menyayangiku
Itu Bererti Sampai Akhirnya
Kau Meninggalkanku

(2)
Kini, Kau Ingin Kembali Pada Hatiku
Setelah Kau Pergi Meninggalkanku
Haruskah Hati
Memberi Kesempatan Dirimu

(Chorus)
Haruskah Aku Percaya
Segala Yang Kau Ucapkan
Kata Kata Maafmu, Kata Kata Memohon
Untuk Kembali Kepadaku

Meski Cintaku Padamu
Lebih Dari Yang Kau Tahu
Namun Mengerti Kasih
Tak Semudahnya Itu
Melupakan Yang Telah Kau Lakukan Padaku

(3)
Beri Aku Waktu
Untuk Memikirkan Yang Terbaik
Cinta Jadi Dilema
Pergi Ataupun Kembali


Cuba Untuk Mengerti

Oh…oh…oh..
Bukankah Semestinya
Cinta Yang Bisa Membuat Bahagia
Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti
Ertinya Cinta…

Tak Habis Ku Berfikir
Sampai Bila Begini, Ku Menanti
Rasakan Indahnya Cinta…

(Chorus)
Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti
Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup
Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku

Ikatan Cinta Sudah Berakhir
Buah Hati kan Menjadi Saksi
Hanya Waktu Menemani
Biar Kenangan Tersimpan Dihati

Oh…oh…oh…

Mengapa Pertengkaran Selalu Ada Antara Kita
Dan Begitu Mudahnya Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu, Takkan Semudah Itu
Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku…


Tanpa Dendam Di Hati

Lautan Yang Berapi
Daratan Yang Berduri
Bagiku Bukan Musibah
Malahan Hikmah Berharga

Katalah Apa Saja
Yang Jelik Penuh Dusta
Kau Bebas Warnai Diriku
Di Minda Yang Kelabu

Chorus
Siapa Diri Ini
Tuhan Yang Memahami
Amarah Dan Kecewa
Hanyalah Bara Membakar Jiwa

Sungguh Pun Ku Terkilan
Terguris Perasaan
Ku Pilih Berdiam Diri
Tanpa Dendam Dihati


Pastikan
(1)
Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

(2)
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

(3)
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini


Destinasi Cinta

Verse 1
Di Hati Yang Mana
Ku Temu Cinta Terindah
Kau Berikan Ku Jawapan
Tiada Lagi Persoalan

Sambut Cintaku Ini Sayang
Berselimutkan Kasih Kita
Di Ruang Hatiku Yang Terpencil
Mekar Cinta Kita Yang Akhir

Chorus

Kini
Menuju Ke Destinasi
Puncak Cinta Tertinggi
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku

Verse 2

Mimpiku Semalam
Kau Hadir Bersama Cinta
Kau Lukiskan Dua Hati
Lambang Kasih Sayang Sejati

Kau Datang Bersama Sinar
Menyuluh Hatiku Yang Pudar
Kini Semua Kembali Berseri
Bila Kau Hadir, Ku Damba

Ulang Chorus

Bridge

Matahari Masih Jingga
Menyala Cinta Bagai Bara
Perjanjian Kita Berdua
Kekal Selama
Berdua
Berdoa
Bersama
Sayang…


Intrig Cinta

Oh Mengapa
Hatiku Terdetik
Oh Mengapa
Malam Meresahkan
Oh Mengapa
Harus Ada Intrig
Dalam Cinta

Oh Mengapa
Jiwaku Berbisik
Oh Mengapa
Hari Memuramkan
Oh Mengapa
Masih Ada Intrig
Dalam Cinta

Chorus
Sedangkan Kita Saling Cinta Menyinta
Sehingga Tiada Pemisah Dan Rahsia
Bagaikan Oh Bagaikan Cincin Dan Permata
Umpamanya Kita Bayang Dan Cahaya

Sedangkan Kita Saling Janji Setia
Sehingga Tiada Waspada Dan Curiga
Bagaikan Oh Bagaikan Hidup Dan Dunia
Ibaratnya Kita Siang Dan Suria

Oh Mengapa
Hatiku Terusik
Oh Mengapa
Rindu Meragukan
Oh Mengapa
Harus Ada Intrig Dalam Cinta


Biarlah Rahsia
(1)
Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlalu
Entah Siapa Yang Tahu

(2)
Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan

Chorus

Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi

Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia

Bridge
Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta

Ulang chorus

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku

Thursday, March 09, 2006

Datuk K akui kawan rapat dengan Siti
sumber: Oleh Zubir Mohd Yunus(berita harian:10.03.2006)

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa (gambar) atau dikenali sebagai Datuk K, akhirnya mengaku berkawan rapat dengan Siti Nurhaliza Tarudin dan menyifatkan penyanyi wanita paling popular tanah air itu istimewa.

Ketika dihubungi Berita Harian, Khalid, 47, berkata beliau melihat Siti sebagai seorang insan yang berhemah tinggi dan memiliki keperibadian mulia.
Bagaimanapun, Pengerusi Ace Group Company itu enggan mengulas apabila ditanya sama ada beliau lelaki yang disayangi Siti Nurhaliza sekarang.

“Siti seorang insan yang berhemah tinggi dan bersopan. Siti juga memiliki keperibadian yang mulia,” katanya mengenai spekulasi yang semakin kencang mengaitkannya dengan penyanyi itu, terutama selepas Siti awal minggu ini, pertama kali mengakui hatinya sudah pun dimiliki seseorang.

Pada majlis ‘Breakfast With The Stars’ sempena siaran secara langsung anugerah Academy ke-78 di sebuah hotel di sini Isnin lalu, Siti, ketika ditanya wartawan sama ada sudah ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, mengaku beliau sedang berkawan dengan seseorang.

Penyanyi itu berkata, beliau kini lebih terbuka dalam memperkatakan mengenai hal peribadi kerana merasakannya dirinya sudah dewasa dan cukup matang untuk membincangkan perkara itu.
Dalam perbualan itu, Khalid memohon maaf kerana tidak menjawab panggilan Berita Harian sebelum ini bagi mengulas spekulasi terbaru mengenai hubungannya itu.
Bagaimanapun selepas membaca beberapa kiriman SMS (khidmat pesanan ringkas), beliau akhirnya sedia ditemubual.

Berikut ialah perbualan Khalid bersama Berita Harian menerusi telefon:

BH: Benarkah selama ini Datuk, yang lebih dikenali sebagai Datuk K adalah orang yang disayangi Siti Nurhaliza?
Khalid: Saya enggan mengulas.

BH: Adakah Datuk mengenali rapat Siti Nurhaliza?
Khalid: Saya tidak menafikannya.

BH: Pendapat Datuk mengenai Siti?
Khalid: Siti seorang insan berhemah tinggi dan bersopan. Siti juga memiliki keperibadian yang mulia.

BH: Siti Nurhaliza seorang yang istimewa di mata Datuk. Adakah Datuk menafikannya?
Khalid: Tidak.

BH: Selepas penjelasan ini, bilakah agaknya Datuk akan mengadakan sidang media menjelaskan perkara (rancangan perkahwinan) ini secara lebih terperinci?
Khalid: Cukup-cukuplah. Saya mohon hak peribadi saya dihormati.

BH: Pasti Siti akan terus diburu pihak media untuk mendapatkan lebih penjelasan. Apa komen Datuk?
Khalid: Berilah Siti ruang dan hormatilah perasaannya.


Semenjak pertemuan itu
Ku rasa hadir sesuatu
Bagai pelik rasa di hati
Berdegup hatiku ini

Mungkinkah ini rasa kawan atau sebaliknya
Tapi aku kian merasa ada cinta di dalam hati
Ku biarkan cinta ini hadir
Datanglah segera kepadaku
Kerna kau ada sesuatu membuatku cinta kepadamu

Ku tahu dikau pun merasakan
Katakanlah kata kepadaku
Jangan biar cinta pergi
Percayalah ini sudah suratan maha ESA

Dirimu disisiku ini
Merubah segala galanya
Gembira bila bersama
Rindu bila kau tiada

Huuuu..
Ku biarkan cinta ini hadir
Datanglah segera kepadaku
Kerna kau ada sesuatu membuatku cinta kepadamu
Percaya pada cinta
(ni lirik lagu akma-percaya pada cinta)



ermmm, aku ader komen aku yg tersendiri...tp nanti lah yer..aku komen ttg kisah siti nie..okey!!!

Wednesday, March 01, 2006




Ermm…bermulanya bulan baru…bulan yang sememangnya aku tunggu.. yeah, bulan kelahiran aku….setahun hanya sekali, ia datang ia pergi…hehehehe cam lagu raya lak…tu lirik pinjam dari lagu raya amy mastura..ahaks =P

Mesti korang rasa aku sengaja nak bikin provokasi (bukan propaganda) sebab buat citer ttg besday aku kan…hahahahha memang aku sengaja nak hebahkan kat org ramai….

Bukan camtu sebenarnya…saja nak berkongsi cerita mengenai pengalaman2 lepas ttg sambutan besday aku nie….tp sebelum aku bercerita ttg aku, aku nak citer tentang beberapa org sahabat aku yg menyambut ulangtahun kelahirannya pada bulan mac ini…



Mula2 sekali ialah adik angkat aku…nama dia khairi…hari lahir dia pada 1hb..so tahun ni baru nak masuk 19thn…kenal dia sejak dari sekolah lg..kira dah 7thn la kitaorg kenal..umah dia pun takde la jauh sgt dgn aku….tp skrg dah jarang jumpa, coz dia dah sambung belajar kat politeknik…



Pada 3hb lak, ada dua org yg sambut…pertama sekali kawan sekolah aku..nama dia norasyikin..dulu mmg rapat giler dgn dia…memang satu geng la kat sekolah…ingat lagi geng2 kitaorg ni mmg nakal giler…suka kacau org lain..pastu mesti ada yg tak puas hati dgn kitaorg…sampai ada satu cikgu tu menangis disebabkan kenakalan kitaorg…hahahhaha seronoknya masa zaman persekolahan kan…
Org kedua lak namanya halim….baru jer kenal dia..adalah dalam dua bulan..kenal pun melalui faceparty..pernah jumpa sekali masa CNY..mula2 jumpa kat kl sentral..mkn kat situ, then gi ke klcc..masa kat klcc tu, jumpa la kwn2 yg lain..lepak dr pagi sampai la ke mlm…seorang yang tak banyak sgt bercakap…tp dia ni cukup suka ambik gambar aku dgn hanset dia tu…ermmm nasib baik la aku ni bukan seorg yg pemalu (tak malu katanya) so kalau ada org nak ambik gambar, terus pose jer aku nie…hehehehe ada masa kita jumpa lagi yer….

7 mac…ermmm abg angkat aku masa kat sekolah..nama dia shahrudin…muka dia ni mcm zamani kumpulan slam tu…tp sekarang ni dah lost contact…pas abis sekolah jer, terus hilang tanpa berita…dgr citer pun dia dah kahwin..huhuhhuu



tanggal 12 mac, sorang lagi abg angkat aku yg cukup disayangi….hehehhe memang sayang sgt kat dia..sayang sgt2…hahahahaha aku panggil dia dgn panggilan abg bard…org penang katanya..hehehehe nama betul dia lain skit, sedap bunyinya..tp takyah la mention nama penuh kan….rasanya dah lebih setahun dah kitaorg kenal..mcm mana kenal?semuanya atas pertolongan e-kawan…hehehehe mula2 main2 mesej jer…jumpa kali pertama hujung bulan sembilan tahun lepas….setakat ni baru 2 kali jumpa…seorg abg yg cukup baik mpada aku…pandai dia jaga adik2 angkat dia kan…takde aku rasa kekok dgn dia…layanzzz jer…mcm abg sendiri aku rasa bila bersama dgn dia…abg bard, semoga pertalian kita ini akan berpanjangan yer…sayang sgt kat abg….



Nurul fazli shabudin.. kawan aku masa kat Universiti..memang dok serumah selama 3thn kitaorg belajar..so mmg kawan baik la kitaorg nii..dia ni mmg banyak tolong ajar aku kalau bab2 berkaitan dgn computer…kalau dulu aku zero jer ttg computer, tp sejak kawan dgn dia, bertambah la ilmu aku skit…seorg yg cukup sabar dgn karenah aku yg suka memerintah..hahahhaa (bakal raja la aku ni nanti) mati la kalau ada saper2 yg nak kat aku ni…antara yg aku paling tak dpt lupa ialah ilmu C++ yg diturunkan pada aku sehingga aku lulus dgn baik bg subjek tuh….besday dia ni pada 15 mac..lama nya tak jumpa kan…


Ermmm 16hb lak besday achik…baru gak aku kenal dia nie…jumpa masa aku ke kl CNY ari tuh…aku kenal dia dr kawan aku gak..kira kenal atas kawan la nie…seorg yg mula2 pendiam…tp rupa2nya byk cerita dan jugak pengalaman yg dia ada….perjalanan hidup dia yg cukup mencabar…kalau aku ditempat dia, mesti aku dah berputus asa…tp dia seorg yg cekal…tabah mengharungi segala cabaran…jgn risau, faizal akan jaga awk sebaik mungkin..kalau dia buat apa2 kat achik, kasitahu kat shah yer…hehehe


Hari seterusnya, 17 mac…besday boy ady…dah dua bulan gak la kenal dia…banyak cakap gak dak nie..hehehehe bagusla, takde la bosan sgt kan…Cuma dia ni sensitive skit la…(jgn marah lak..ikhlas nie)..ady, nanti kita wat gathering yer…rindu sgt waktu kita semua lepak2 kat klcc n times square…pastu igt lg tak kita kena tegur dek pak guard tuh?hahahahha igt lg kata2 pak guard tu “sini bukan tempat duduk yer” dan lagi satu “tak boleh duduk kat sini, mengganggu laluan org”….huh, pak guard tu dengki kat kita semua kan…org lain taknak lak tegur…kat kita semua tak kena..rasanya pak guard tu ada hati kot kat salah sorang drpd group kita ari tuh..sajer jer nak cuba2 cucuk jarum kan..hahahahhahaha tp kecian, tak layannnzzz….

Pada 20 mac, sekali lagi ada dua org kawan aku yang berkongsi hari lahir yg sama…sorang kawan sekolah aku nama dia nurhuda abd halim….dia ni ala2 ada gossip gak dgn aku..tp masa sekolah jer la…..dia mmg cantik…muka pun iras2 siti nurhaliza…sebab tu kot aku suka kat dia dulu….aduh, cinta monyet jer..huhuhuhu

Sorang lagi ialah kawan kepada kawan aku…takde la rapat sgt dgn dia nie…tp nak masuk gak citer dia kat sini coz dia lahir pada bulan mac kan…hehehehenama dia hapizan..tp org panggil dia boyet…apsal boyet?ermmm entahlah..kena tanya kat kawan aku la…mr.zulfakar, sila jelaskan yer...ada la tuh kisahnya…orgnya mempunyai personality menarik…muka leh jadi model gak…tp badan tak cukup tough..kurus la..so tak dpt la nak suruh dia jd model….hahahahaha




Oklah, last sekali org yg aku tahu lahir dalam bulan mac ni ialah aris afzal mohd noor…lahir pada 23hb…kawan baik aku masa U jugak…comel sgt dia nie….very the baby face…ramai peminat dia ni kat U…salah sorang pakar computer gak…tp dia ni tak reti nak turunkan ilmu kat org..kalau minta dia ajar sesuatu, mesti kita takkan faham..takde tokoh jd cikgu walaupun dia ni penah jd cikgu masa cuti semester..hahahahah guna org dalam la tuh….mati la aku kalau dia baca nie….

Habis..itu jer la yg aku tahu…yg lelain tu aku tak tahu la coz aku tak tanya dan dorang pun tak bgtahu..so, mcm mana nak tahu?hehehehe..

Eh, aku dok citer besday org, besday aku bila lak kan???mesti korang pun nak tahu kan???ni kalau aku bagitahu bila besday aku, jgn lupa yer, ganjaran mesti ada…hahahahaha minta hadiah katanya la…

21 march 1983..itulah tarikh aku dilahirkan...so tahun ni genap la umur aku 23tahun...umur makin tua..tp jiwa ni masih lagi muda...hahahaha

ay’adam, jgn lupa yer kia optima dan mutiara rafflesia….takyah murah2..beli yg mahal2 pun dah lebih dr cukup….utk mukhriz_iskandar, cam biasa yer, teddy bear besar mcm anda…lebih tinggi dr anda pun ok gak..baru best nak peluk…bedroom, u takyah susah2 yer, I nak satu tempat khas kat cyberzone..kiranya kalu masuk cc ko jer, ader layanan dan tempat khas utk aku tanpa bayaran selama setahun…arezeo, shah lum minta apa2 lg dr u kan…so kalau u baca blogs I ni,shah nak minta handphone 3G @ tereejeeee …abg bard, am nak PDA yer…hahaha…putra uitm, u dah kaya sekarang kan..gaji ribu hengget katanya lah, so tolong belikan I sebuah kondominium ya…area kl sentral pun ok jer..eloleos, u pun tak terkecuali tau..nanti u bayarkan I utk buat rambut yer..taknak rambut rm65 tuh….oh yer, tony tak dilupakan..belikan I jam tag heuer mcm yg u penah dpt okey..nazmie, saya nak awk..eh salah lak, saya nak perfume brand issey miyake yer…adoi, tak larat nak taip semua nama….aril, shamz, ady, mie, kast, apau, faril, farish, johan, irfan, inn, harry, kradz, ron, fiq, kiah, kash, zulfakar,dan yang sedang membaca tp nama aku tak sebut, uols beli apa2 yg mahal yer….tak tahu nak minta apa lg dah…tp pastikan mahal yer…

Hahahhaahahahaha….confem semua lari bila jumpa aku nanti kan….ermmm gurau jer lah…jgn ambik hati tau...aku bukan mata duitan pun nak minta semua barang tuh…aku Cuma nak persahabatan yg terjalin antara kita semua akan terus berkekalan…itu yg paling aku harapkan….tiada yang lebih bermakna selain daripada persahabatan kita..

Oklah, malas nak merepek2 lagi…skrg mmg idea giler tgh banyak…tp aku takut lak korang sampai termuntah2 baca citer aku nie..jd aku berhenti kat sini jer la…ahaks =P kepada mereka2 yg menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan mac ini, aku ucapkan:

SELAMAT HARI LAHIR

1. SEMOGA PANJANG UMUR
2. MURAH REZEKI
3. PANJANG UMUR
4. BERBAHAGIA SELALU
5. DIBERKATI ALLAH S.W.T


Senyum selalu ya….peace V……

Last but not least, juz wanna say I miss u cayunk ‘T’…siapa ‘T’?? biarlah rahsia…

Tuesday, February 21, 2006


hahaha....dah lama aku dgr statement2 mcm ni..dr kemunculan awal siti sampai la sekrang nie....tak bosan2 ker dorang semua kan..apa la salah siti...apa la dosa siti...sampai ada segelintir manusia yg tak puas hati bila aku sebut jer ttg siti... (siapakah itu?)

rasanya, dah cukup lengkap pakej yg ada pada siti...aku bukan la nak bangga sgt dgn dia...tp dah memang kenyataan bahawa takde artis lain kat Malaysia ni yg sehebat dia....kalau dia, semua org jangkakan bahawa akan ada pengganti pada diri siti...ada org tiru sore dekat2 cam dia, tp apa jd kat penyanyi itu?hurrmmmmm kecundang akhirnya...siti masih lagi yg teratas....



ya, mungkin sekrang siti dah tak menang banyak anugerah...tp itu semua tak penting..sebab sekurang2 nya setiap anugerah yg dia masuk, dia pasti akan bawa balik satu...so kira hebat la tuh kan..kalau sekrg tak menang pun, dah takde apa pada siti...dah berlambak anugerah yg dia ada....
biarlah dia kasi peluang kat org lain lak...

aku sebenarnya taknak la komen byk ttg hal ni..sebab aku tahu, siti tetap yg terbaik pada aku...bagi la dia lagu apa pun..semua akan dia bawa dengan cemerlangnya...

so, terpulang pada masing2 nak buat penilaian...semua ada hak utk bersuara kan...gunakan hak itu sebaiknya...yg pasti,aku takkan beralih arah dr meminati siti...hehehehehe..jgn makan hati yer...

kita ikut cara siti, no komen n senyum sahaja (",)
ahaks =P

hardcore supporter for SITI NURHALIZA!!!!

yeahhhh!!

Monday, February 20, 2006

hahahha...aku cukup suka kalau ader statement no komen pastu dia senyum jer....mcm tu la jugak org yg aku cukup minat giler dr dulu.... (yup mmg giler kalau jumpa dia)

ni aku ambik sedikit sedutan drpd melodi 19.02.2006...pd org2 tv3, maaf yer bukan nak ciplak korang nyer bahan..cuma sekadar nak ambik sebagai simpanan sahaja..so jgn saman aku lak...huhuhuhu...

layanzz.....


Monday, February 13, 2006


Powered by Castpost

Monday, February 06, 2006


Powered by Castpost

Berakhir sudah debaran anugerah Juara Lagu yang ke 20…semua pasti sudah tahu kan siapa pemenangnya?oklah kepada sesiapa yg terlepas menyaksikannya atau yang mana tak tahu keputusannyer…ni ha aku kasi tahu ok…

JUARA LAGU = GEMILANG (JACKLYN)

KATEGORI BALADA = GEMILANG (JAC)
KATEGORI POP ROCK = KATA (HAZAMI)
KATEGORI IRAMA M’SIA = ADUH SALIHA (MAWI)

PERSEMBAHAN TERBAIK = MAWI
VOKAL TERBAIK = HAZAMI

Ermmm aku ni bukanlah nak menidakkan kearifan panel juri apatah lagi salah seorg juri yg ada pada mlm JL ni ialah akak aku yg tersayang SITI NURHALIZA…tp keputusan mmg diluar jangkaan…

Mulakan dengan persembahan terbaik….disebabkan kategori ni 50% adalah sms penonton dan 50% lagi juri pro, so mmg ramai dah agak mawi akan menang…sebab dia ni memang raja sms la..peminat mmg ramai…takyah la aku nak buang2 duit pegi vote artis kesukaan aku utk kategori ni coz aku dah tahu saper nak menang kan…hahahahha oklaah, layah la mawi menang kategori ni coz dia ada menari kan…huhuhhuhu

Utk vokal terbaik..memang aku tak puas hati….100% aku tak puas hati..patut ker hazami menang?memang la rezeki dia mlm tu…tp aku rasa lebih layak lagi Jac ataupun Ning baizura…power beb suara dorunk…tp apa nak buat, aku bukan juri pro, so kena la terima keputusan nie…(ni pendapat aku jer, takde kena mengena dgn hasutan syaitan hahahahaha)

Bagi juara kategori irama m’sia…aku dah agak mawi pun akan menang gakz…tp aku lebih berharap pada noraniza idris…dah bukan rezeki kak ani mlm td kan…lain kali yer kak ani…I will alwaz support irama m’sia (gethooo)


Powered by Castpost

Pop rock lakz, ermm pada aku tak kisah la saper yg menang..sebab kategori ni kurang mencabar pun….dah hazami yg menang, kira ok lah…laayaanzzzzzzz

Juara kategori balada…wah very the ber dig dug jantung aku masa keputusan nak umum….berbelah bagi aku pada Jac dan Ning…tp aku lebih kepada Jac..dan akhirnya yg menang tetap akan menang…Jac tetap hebat bila bawa lagu gemilang…tabik spring la kat Jac….kalau dia bawa sesebuah lagu tu, mesti cukup feel….puas kan kalau dgr….

Keputusan yg terakhir ialah siapa yg bakal bawa balik gelaran JUARA LAGU…seperti yg aku jangka…yeahhhh GEMILANG tetap GEMILANG…lagu yang pastinya berhantu bila2 masa dan kat mana pun kalau bawa mesti meremang bulu roma…(semua bulu la) hahahahahha….

Lain2 yg bertanding ialah azharina=elergi sepi, zehra zamri=semalakama, ning=awan yg terpilu, zainal abidin=gaia, rohana jalil=taat, adam=tak tahu, ve=pop ye ye jac=wajah noraniza idris=ayuh juragan.


Powered by Castpost

Oklah semua…aku sebenarnya ada rakam video juara lagu nie….semua ada kecuali yg bebarapa lagu yg aku rasa takde apa2 perubahan samada live atau pun miming…so aku tak rakam la….huhuhuhu (bukan sabotaj ya)..so ada 3 video yg aku sempat upload tuk korang yer...ok semua…sokonglah muzik tempatan….hapuskan cetak rompak!!!!

Yeeeeehaaaaaaaa……………………

Saturday, February 04, 2006



i'm juz a beginnner...byk lagi nak kena belajar...buat blogs ni pun lahir dari idea adamdryx....hehehehehehehehe bila fikir2 balik..ya....aku patut buat blogs sendiri...so senang nak lepaskan segala masalah kat sini jer kan...
tak kisah la org nak kata aku syok sendiri ker...aper ker...yg penting sekali aku bahagia...walllllaaahhhhh....
dan kehadiran blogs aku ni bukan nak menggugat blogs2 lain yg sedia ada...tidak sama sekali...cuma bak kata SITI NURHALIZA, biarlah kita memeriahkan persada seni tanahair....gethoooo....
so kalau ader aper2 yg aku tersalah taip ker...ader yg bakal2 tersa dgn ayat aku pada masa akan datang...maaf yer....sengaja nak luahkan apa yg tersirat di sebalik apa yg sememangnya sudah tersurat....
wasslam...

;;