Wednesday, November 08, 2006

kau tetap ku sayang...



tanggal 2 november 2006, jam 1 tghari aku dapat satu panggilan telefon..

"abg, khairi dah takde...dia dah meninggal dunia.."

'innalillah.....'....terkedu aku untuk seketika...

sukar utk aku percaya apabila insan yg kita sayangi telah pergi tanpa di duga oleh kita...

terduduk aku apabila berita yg cukup menyedihkan itu...berkecamuk fikiran aku...tanpa aku sedar, airmata mula bergelinangan di pipi aku...

dr berita yg aku dpt, dia meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya dan hentakan kuat di kepala...dia dikatakan gagal mengawal kereta yg dibawa dan melanggar tiang then masuk ke dlm parit....

Mohd Khairi Mohd Zaini, adik angkat aku yang pertama sekali sejak dari sekolah dulu...dah 7 tahun aku bersama dgn dia....

kitaorg memang rapat...dah mcm abg n adik kandung..selalu keluar sama2...

malah, sehari sebelum dia pergi meninggalkan aku untuk selamnya, aku sempat berjumpa dgn dia..masih aku ingat sms terakhir dia..

'a'kum, nak pinjam kamera..nak buat projek utk praktikal..ada kat umah tak?ambik sok pagi kul 7.30..kalau takdak, bagi kat mak, nanti ary ambik'

'abg cuti esok, dtg jer umah..nanti abg bg kat ary k..'


then, pagi rabu tu aku mmg cuti..aku tak sakit apa pun..saja malas nak keje..so ambik la mc....

tepat jam 7.30 pagi (dia ni mmg puntual), dia dah ader depan umah...

turun jer dr kereta, aku tgk dia dah lain mcm..aku tegur dia..

"nape muka pucat?"

dia diam...

"bila nak kamera nie balik?abg nak guna nanti..."

"tgklah 2,3 hari lagi..." jawab dia ringkas..then terus naik kereta tanpa sempat salam aku seperti biasa yg dia lakukan...hurmm tergesa2 tul budak nie...

sungguh aku tak sangka, itulah pertemuan terakhir aku dgn dia...itulah kali terakhir aku dpt berbual dgn dia....

dah seminggu dia pergi...tp aku tetap tak dpt terima kenyataan lg....

bila igt dia, pasti airmata akan menemani aku...kehilangan org yg tersayang amatlah berat utk diterima....

apatah lg kalau org tu selalu ader bersama kita...tp kini, tinggal aku keseorgan....

byk kenangan aku bersama dia..malah aku dgn family dia pun dah rapat...

arghhh tak dpt aku teruskan cerita ni lagi....aku dah mula rasa sebak....kepada semua yg membaca blogs aku nie, sedekahkan lah al fatihah untuk arwah khairi....

AL FATIHAH

semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org yg beriman...amin....

1 Comment:

  1. Alang Blalang said...
    sedih baca ... ingatlah yang hidup itu pasti menemui mati.. moga rohnya dicucuri rahmat...Amiiin

Post a Comment