Monday, November 20, 2006

impiankan nyata

Photobucket

Akhirnya, tercapai gak impian aku untuk duduk bersama dengan siti nurhaliza tanpa sebarang gangguan…gethooo…

Mcm tak percaya pun ada gak, aku antara 10 peminat siti yg bertuah di booth HOTLINK JOMHEBOH BATU KAWAN… hehehehe hanya dengan reload rm60, aku terpilih untuk minum petang selama hampir 1 jam dengan siti nurhaliza…

Apa perasaan?huhhuhu gembira yg tak terkata…masa dia sampai tu, sampai lidah kelu untuk berkata2…tangan ni ligat dok snappy siti…tangan kanan guna digital camera ambik gambar…tangan kiri lak guna hanfon ambik video….huhuhhu gigih teramat sgt lah time tuh..teruja katanya….

Ayat pertama siti ialah:

“siti nak duduk mana nie?”katanya sambil tersenyum.

“kak siti duduk la sini..” jawab sorang peminat pompuan tuh….

Terus siti tarik kerusi, duduk sebelah pompuan tuh…dan yg pasti sebelah aku gak….hehehe…

“kita makan dulu erk…” siti bangun, ambik piring dan bg sorang satu....

Siti tgk aku dan dia kata,

“makan la dulu, nanti kita ambik gambar…”

Hehehe…lantas aku jawab,

“siti makan la, kami tengok siti dah kenyang..”

Yupp….semua kat situ tak mkn pun…siti sorang jer yg makan…malu campur teruja kot..hahahahahaa

“sedap karipap nie….rasa lah…” siti makan dgn seleranya…apa lg, aku pun snappy la pic dia tgh mkn..hihihihiii

Photobucket

Selesai jer mkn dan sesi bergambar antara kami semua dan tandatangan poskad, siti bangun dan menuju ke meja khas satu lg…ader temuramah bersama dengan melodi…time dorang interview tuh, kitaorg tak dibenarkan utk ambik gambar….so tgk ajar lah….nasib baik dia tak suruh turun bawah…hihihhii

Photobucket

Lepas jer interview, aku apa lg, bergambar dgn siti utk keberapa kali entah la…hahahaha sampai aku dgr suara sumbang,

“baper kali nak ambik gambar nie..”

Dalam hati aku,

‘eh, suka hati aku lah…jelez la tuh…’


Pedulikan itu suara….

Focus pada siti…kata hati aku…bukan senang nak dapat peluang mcm nie..takyah nak berebut2 bergambar dgn dia….

Tibalah waktu untuk siti menyanyi…tak pernah aku bermimpi untuk duduk dekat dgn dia, pastu tgk dia nyanyi tanpa sebarang halangan….

Siti nyanyi 3 buah lagu…

Siti situ sana sini
Biarlah rahsia
Seindah biasa.


Photobucket

Habis siti nyanyi, barulah kitaorg semua kena turun ke bawah sebab siti ada sesi bertemu peminat kat ruang bawah lak….

Hurmmm….. dalam hati mmg gembira tak terkata….satu pengalaman yg terindah pernah aku rasa…yer lah, kalau sebelum ni dapat tgk dia pun dari jauh..pastu berebut2 nak salam dgn dia…tp hari ni, segalanya kat depan mata..

Kata org siti dah kawin la….eh, lantaklah dia dah kawin ke apa ker…aku minat dia sebab aku suka personaliti dan suara dia…bukan aku nak kawin dgn dia pun…lalalalalalalala


p/s: eh, korang tgk melodi semalam tak 19.11.2006…sempat la aku tumpang glalor siti kat melodi untuk 5 saat….tima kasih la pada semua kengkawan yg call aku, sms aku pas tgk melodi tuh….tp sayang, aku tak sempat tgk coz ada hal lain masa tuh…hihihihihi


Photobucket

Sunday, November 12, 2006

me, me and me...

hehehehe, takyah la aku cerita ttg gambar2 yg ader nie...coz mood aku menaip totally hilang sepanjang bulan nie...nanti la, bila dah ada semangat semula, aku menaip panjang2 ok...so, aku upload pic jer..
























Wednesday, November 08, 2006



tanggal 2 november 2006, jam 1 tghari aku dapat satu panggilan telefon..

"abg, khairi dah takde...dia dah meninggal dunia.."

'innalillah.....'....terkedu aku untuk seketika...

sukar utk aku percaya apabila insan yg kita sayangi telah pergi tanpa di duga oleh kita...

terduduk aku apabila berita yg cukup menyedihkan itu...berkecamuk fikiran aku...tanpa aku sedar, airmata mula bergelinangan di pipi aku...

dr berita yg aku dpt, dia meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya dan hentakan kuat di kepala...dia dikatakan gagal mengawal kereta yg dibawa dan melanggar tiang then masuk ke dlm parit....

Mohd Khairi Mohd Zaini, adik angkat aku yang pertama sekali sejak dari sekolah dulu...dah 7 tahun aku bersama dgn dia....

kitaorg memang rapat...dah mcm abg n adik kandung..selalu keluar sama2...

malah, sehari sebelum dia pergi meninggalkan aku untuk selamnya, aku sempat berjumpa dgn dia..masih aku ingat sms terakhir dia..

'a'kum, nak pinjam kamera..nak buat projek utk praktikal..ada kat umah tak?ambik sok pagi kul 7.30..kalau takdak, bagi kat mak, nanti ary ambik'

'abg cuti esok, dtg jer umah..nanti abg bg kat ary k..'


then, pagi rabu tu aku mmg cuti..aku tak sakit apa pun..saja malas nak keje..so ambik la mc....

tepat jam 7.30 pagi (dia ni mmg puntual), dia dah ader depan umah...

turun jer dr kereta, aku tgk dia dah lain mcm..aku tegur dia..

"nape muka pucat?"

dia diam...

"bila nak kamera nie balik?abg nak guna nanti..."

"tgklah 2,3 hari lagi..." jawab dia ringkas..then terus naik kereta tanpa sempat salam aku seperti biasa yg dia lakukan...hurmm tergesa2 tul budak nie...

sungguh aku tak sangka, itulah pertemuan terakhir aku dgn dia...itulah kali terakhir aku dpt berbual dgn dia....

dah seminggu dia pergi...tp aku tetap tak dpt terima kenyataan lg....

bila igt dia, pasti airmata akan menemani aku...kehilangan org yg tersayang amatlah berat utk diterima....

apatah lg kalau org tu selalu ader bersama kita...tp kini, tinggal aku keseorgan....

byk kenangan aku bersama dia..malah aku dgn family dia pun dah rapat...

arghhh tak dpt aku teruskan cerita ni lagi....aku dah mula rasa sebak....kepada semua yg membaca blogs aku nie, sedekahkan lah al fatihah untuk arwah khairi....

AL FATIHAH

semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org yg beriman...amin....

;;