Thursday, March 09, 2006
Datuk K akui kawan rapat dengan Siti
sumber: Oleh Zubir Mohd Yunus(berita harian:10.03.2006)
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa (gambar) atau dikenali sebagai Datuk K, akhirnya mengaku berkawan rapat dengan Siti Nurhaliza Tarudin dan menyifatkan penyanyi wanita paling popular tanah air itu istimewa.
Ketika dihubungi Berita Harian, Khalid, 47, berkata beliau melihat Siti sebagai seorang insan yang berhemah tinggi dan memiliki keperibadian mulia.
Bagaimanapun, Pengerusi Ace Group Company itu enggan mengulas apabila ditanya sama ada beliau lelaki yang disayangi Siti Nurhaliza sekarang.
“Siti seorang insan yang berhemah tinggi dan bersopan. Siti juga memiliki keperibadian yang mulia,” katanya mengenai spekulasi yang semakin kencang mengaitkannya dengan penyanyi itu, terutama selepas Siti awal minggu ini, pertama kali mengakui hatinya sudah pun dimiliki seseorang.
Pada majlis ‘Breakfast With The Stars’ sempena siaran secara langsung anugerah Academy ke-78 di sebuah hotel di sini Isnin lalu, Siti, ketika ditanya wartawan sama ada sudah ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, mengaku beliau sedang berkawan dengan seseorang.
Penyanyi itu berkata, beliau kini lebih terbuka dalam memperkatakan mengenai hal peribadi kerana merasakannya dirinya sudah dewasa dan cukup matang untuk membincangkan perkara itu.
Dalam perbualan itu, Khalid memohon maaf kerana tidak menjawab panggilan Berita Harian sebelum ini bagi mengulas spekulasi terbaru mengenai hubungannya itu.
Bagaimanapun selepas membaca beberapa kiriman SMS (khidmat pesanan ringkas), beliau akhirnya sedia ditemubual.
Berikut ialah perbualan Khalid bersama Berita Harian menerusi telefon:
BH: Benarkah selama ini Datuk, yang lebih dikenali sebagai Datuk K adalah orang yang disayangi Siti Nurhaliza?
Khalid: Saya enggan mengulas.
BH: Adakah Datuk mengenali rapat Siti Nurhaliza?
Khalid: Saya tidak menafikannya.
BH: Pendapat Datuk mengenai Siti?
Khalid: Siti seorang insan berhemah tinggi dan bersopan. Siti juga memiliki keperibadian yang mulia.
BH: Siti Nurhaliza seorang yang istimewa di mata Datuk. Adakah Datuk menafikannya?
Khalid: Tidak.
BH: Selepas penjelasan ini, bilakah agaknya Datuk akan mengadakan sidang media menjelaskan perkara (rancangan perkahwinan) ini secara lebih terperinci?
Khalid: Cukup-cukuplah. Saya mohon hak peribadi saya dihormati.
BH: Pasti Siti akan terus diburu pihak media untuk mendapatkan lebih penjelasan. Apa komen Datuk?
Khalid: Berilah Siti ruang dan hormatilah perasaannya.
Semenjak pertemuan itu
Ku rasa hadir sesuatu
Bagai pelik rasa di hati
Berdegup hatiku ini
Mungkinkah ini rasa kawan atau sebaliknya
Tapi aku kian merasa ada cinta di dalam hati
Ku biarkan cinta ini hadir
Datanglah segera kepadaku
Kerna kau ada sesuatu membuatku cinta kepadamu
Ku tahu dikau pun merasakan
Katakanlah kata kepadaku
Jangan biar cinta pergi
Percayalah ini sudah suratan maha ESA
Dirimu disisiku ini
Merubah segala galanya
Gembira bila bersama
Rindu bila kau tiada
Huuuu..
Ku biarkan cinta ini hadir
Datanglah segera kepadaku
Kerna kau ada sesuatu membuatku cinta kepadamu
Percaya pada cinta
(ni lirik lagu akma-percaya pada cinta)
ermmm, aku ader komen aku yg tersendiri...tp nanti lah yer..aku komen ttg kisah siti nie..okey!!!
Wednesday, March 01, 2006
Ermm…bermulanya bulan baru…bulan yang sememangnya aku tunggu.. yeah, bulan kelahiran aku….setahun hanya sekali, ia datang ia pergi…hehehehe cam lagu raya lak…tu lirik pinjam dari lagu raya amy mastura..ahaks =P
Mesti korang rasa aku sengaja nak bikin provokasi (bukan propaganda) sebab buat citer ttg besday aku kan…hahahahha memang aku sengaja nak hebahkan kat org ramai….
Bukan camtu sebenarnya…saja nak berkongsi cerita mengenai pengalaman2 lepas ttg sambutan besday aku nie….tp sebelum aku bercerita ttg aku, aku nak citer tentang beberapa org sahabat aku yg menyambut ulangtahun kelahirannya pada bulan mac ini…
Mula2 sekali ialah adik angkat aku…nama dia khairi…hari lahir dia pada 1hb..so tahun ni baru nak masuk 19thn…kenal dia sejak dari sekolah lg..kira dah 7thn la kitaorg kenal..umah dia pun takde la jauh sgt dgn aku….tp skrg dah jarang jumpa, coz dia dah sambung belajar kat politeknik…
Pada 3hb lak, ada dua org yg sambut…pertama sekali kawan sekolah aku..nama dia norasyikin..dulu mmg rapat giler dgn dia…memang satu geng la kat sekolah…ingat lagi geng2 kitaorg ni mmg nakal giler…suka kacau org lain..pastu mesti ada yg tak puas hati dgn kitaorg…sampai ada satu cikgu tu menangis disebabkan kenakalan kitaorg…hahahhaha seronoknya masa zaman persekolahan kan…
Org kedua lak namanya halim….baru jer kenal dia..adalah dalam dua bulan..kenal pun melalui faceparty..pernah jumpa sekali masa CNY..mula2 jumpa kat kl sentral..mkn kat situ, then gi ke klcc..masa kat klcc tu, jumpa la kwn2 yg lain..lepak dr pagi sampai la ke mlm…seorang yang tak banyak sgt bercakap…tp dia ni cukup suka ambik gambar aku dgn hanset dia tu…ermmm nasib baik la aku ni bukan seorg yg pemalu (tak malu katanya) so kalau ada org nak ambik gambar, terus pose jer aku nie…hehehehe ada masa kita jumpa lagi yer….
7 mac…ermmm abg angkat aku masa kat sekolah..nama dia shahrudin…muka dia ni mcm zamani kumpulan slam tu…tp sekarang ni dah lost contact…pas abis sekolah jer, terus hilang tanpa berita…dgr citer pun dia dah kahwin..huhuhhuu
tanggal 12 mac, sorang lagi abg angkat aku yg cukup disayangi….hehehhe memang sayang sgt kat dia..sayang sgt2…hahahahaha aku panggil dia dgn panggilan abg bard…org penang katanya..hehehehe nama betul dia lain skit, sedap bunyinya..tp takyah la mention nama penuh kan….rasanya dah lebih setahun dah kitaorg kenal..mcm mana kenal?semuanya atas pertolongan e-kawan…hehehehe mula2 main2 mesej jer…jumpa kali pertama hujung bulan sembilan tahun lepas….setakat ni baru 2 kali jumpa…seorg abg yg cukup baik mpada aku…pandai dia jaga adik2 angkat dia kan…takde aku rasa kekok dgn dia…layanzzz jer…mcm abg sendiri aku rasa bila bersama dgn dia…abg bard, semoga pertalian kita ini akan berpanjangan yer…sayang sgt kat abg….
Nurul fazli shabudin.. kawan aku masa kat Universiti..memang dok serumah selama 3thn kitaorg belajar..so mmg kawan baik la kitaorg nii..dia ni mmg banyak tolong ajar aku kalau bab2 berkaitan dgn computer…kalau dulu aku zero jer ttg computer, tp sejak kawan dgn dia, bertambah la ilmu aku skit…seorg yg cukup sabar dgn karenah aku yg suka memerintah..hahahhaa (bakal raja la aku ni nanti) mati la kalau ada saper2 yg nak kat aku ni…antara yg aku paling tak dpt lupa ialah ilmu C++ yg diturunkan pada aku sehingga aku lulus dgn baik bg subjek tuh….besday dia ni pada 15 mac..lama nya tak jumpa kan…
Ermmm 16hb lak besday achik…baru gak aku kenal dia nie…jumpa masa aku ke kl CNY ari tuh…aku kenal dia dr kawan aku gak..kira kenal atas kawan la nie…seorg yg mula2 pendiam…tp rupa2nya byk cerita dan jugak pengalaman yg dia ada….perjalanan hidup dia yg cukup mencabar…kalau aku ditempat dia, mesti aku dah berputus asa…tp dia seorg yg cekal…tabah mengharungi segala cabaran…jgn risau, faizal akan jaga awk sebaik mungkin..kalau dia buat apa2 kat achik, kasitahu kat shah yer…hehehe
Hari seterusnya, 17 mac…besday boy ady…dah dua bulan gak la kenal dia…banyak cakap gak dak nie..hehehehe bagusla, takde la bosan sgt kan…Cuma dia ni sensitive skit la…(jgn marah lak..ikhlas nie)..ady, nanti kita wat gathering yer…rindu sgt waktu kita semua lepak2 kat klcc n times square…pastu igt lg tak kita kena tegur dek pak guard tuh?hahahahha igt lg kata2 pak guard tu “sini bukan tempat duduk yer” dan lagi satu “tak boleh duduk kat sini, mengganggu laluan org”….huh, pak guard tu dengki kat kita semua kan…org lain taknak lak tegur…kat kita semua tak kena..rasanya pak guard tu ada hati kot kat salah sorang drpd group kita ari tuh..sajer jer nak cuba2 cucuk jarum kan..hahahahhahaha tp kecian, tak layannnzzz….
Pada 20 mac, sekali lagi ada dua org kawan aku yang berkongsi hari lahir yg sama…sorang kawan sekolah aku nama dia nurhuda abd halim….dia ni ala2 ada gossip gak dgn aku..tp masa sekolah jer la…..dia mmg cantik…muka pun iras2 siti nurhaliza…sebab tu kot aku suka kat dia dulu….aduh, cinta monyet jer..huhuhuhu
Sorang lagi ialah kawan kepada kawan aku…takde la rapat sgt dgn dia nie…tp nak masuk gak citer dia kat sini coz dia lahir pada bulan mac kan…hehehehenama dia hapizan..tp org panggil dia boyet…apsal boyet?ermmm entahlah..kena tanya kat kawan aku la…mr.zulfakar, sila jelaskan yer...ada la tuh kisahnya…orgnya mempunyai personality menarik…muka leh jadi model gak…tp badan tak cukup tough..kurus la..so tak dpt la nak suruh dia jd model….hahahahaha
Oklah, last sekali org yg aku tahu lahir dalam bulan mac ni ialah aris afzal mohd noor…lahir pada 23hb…kawan baik aku masa U jugak…comel sgt dia nie….very the baby face…ramai peminat dia ni kat U…salah sorang pakar computer gak…tp dia ni tak reti nak turunkan ilmu kat org..kalau minta dia ajar sesuatu, mesti kita takkan faham..takde tokoh jd cikgu walaupun dia ni penah jd cikgu masa cuti semester..hahahahah guna org dalam la tuh….mati la aku kalau dia baca nie….
Habis..itu jer la yg aku tahu…yg lelain tu aku tak tahu la coz aku tak tanya dan dorang pun tak bgtahu..so, mcm mana nak tahu?hehehehe..
Eh, aku dok citer besday org, besday aku bila lak kan???mesti korang pun nak tahu kan???ni kalau aku bagitahu bila besday aku, jgn lupa yer, ganjaran mesti ada…hahahahaha minta hadiah katanya la…
21 march 1983..itulah tarikh aku dilahirkan...so tahun ni genap la umur aku 23tahun...umur makin tua..tp jiwa ni masih lagi muda...hahahaha
ay’adam, jgn lupa yer kia optima dan mutiara rafflesia….takyah murah2..beli yg mahal2 pun dah lebih dr cukup….utk mukhriz_iskandar, cam biasa yer, teddy bear besar mcm anda…lebih tinggi dr anda pun ok gak..baru best nak peluk…bedroom, u takyah susah2 yer, I nak satu tempat khas kat cyberzone..kiranya kalu masuk cc ko jer, ader layanan dan tempat khas utk aku tanpa bayaran selama setahun…arezeo, shah lum minta apa2 lg dr u kan…so kalau u baca blogs I ni,shah nak minta handphone 3G @ tereejeeee …abg bard, am nak PDA yer…hahaha…putra uitm, u dah kaya sekarang kan..gaji ribu hengget katanya lah, so tolong belikan I sebuah kondominium ya…area kl sentral pun ok jer..eloleos, u pun tak terkecuali tau..nanti u bayarkan I utk buat rambut yer..taknak rambut rm65 tuh….oh yer, tony tak dilupakan..belikan I jam tag heuer mcm yg u penah dpt okey..nazmie, saya nak awk..eh salah lak, saya nak perfume brand issey miyake yer…adoi, tak larat nak taip semua nama….aril, shamz, ady, mie, kast, apau, faril, farish, johan, irfan, inn, harry, kradz, ron, fiq, kiah, kash, zulfakar,dan yang sedang membaca tp nama aku tak sebut, uols beli apa2 yg mahal yer….tak tahu nak minta apa lg dah…tp pastikan mahal yer…
Hahahhaahahahaha….confem semua lari bila jumpa aku nanti kan….ermmm gurau jer lah…jgn ambik hati tau...aku bukan mata duitan pun nak minta semua barang tuh…aku Cuma nak persahabatan yg terjalin antara kita semua akan terus berkekalan…itu yg paling aku harapkan….tiada yang lebih bermakna selain daripada persahabatan kita..
Oklah, malas nak merepek2 lagi…skrg mmg idea giler tgh banyak…tp aku takut lak korang sampai termuntah2 baca citer aku nie..jd aku berhenti kat sini jer la…ahaks =P kepada mereka2 yg menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan mac ini, aku ucapkan:
SELAMAT HARI LAHIR
1. SEMOGA PANJANG UMUR
2. MURAH REZEKI
3. PANJANG UMUR
4. BERBAHAGIA SELALU
5. DIBERKATI ALLAH S.W.T
Senyum selalu ya….peace V……
Last but not least, juz wanna say I miss u cayunk ‘T’…siapa ‘T’?? biarlah rahsia…